Friday, 27 October 2017

Program Engagement MARA @ Cardiff Wales

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar tajaan MARA..

Semua pelajar MARA di Wales dikehendaki menghadiri sesi perjumpaan bersama pejabat MARA UK yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4hb November 2017 ( Sabtu )
Tempat :
Room E/0.15, Maths and Education Building,
Senghennydd Road, Cardiff, CF24 4AG.

Masa : 1.00 pm - 4.30 pm

Kehadiran adalah WAJIB dan kedatangan akan direkodkan dan makanan akan disediakan.

Program Tentatif:
1.00 pm : Pendaftaran Pelajar
1.30 pm: Pembukaan majlis dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis.
1.45 pm: Taklimat daripada Pegawai Mara London
3.45 pm: Q&A
4.00 pm: Makan
4.30 pm: Majlis bersurai

Mohon sebarkan kepada pelajar mara di Wales

mohon isikan RSVP bagi memudahkan urusetia membuat tempahan





19 Okt 2017 : Ramah Mesra Pelajar Sheffield



Terima Kasih kepada para pelajar yang memeriahkan program pertemuan dengan pihak MARA


Penghargaan kepada Sdra Hafiz, Wan Fareen dan rakan-rakan yang menjayakan program perjumpaan ini. Jazakallah.

Potret Sheffield

Thursday, 26 October 2017

13 Okt 2017 : Engagement di Manchester


Terima Kasih diatas kehadiran semua pelajar.
Penghargaan buat Syahmi Rafsanjani, Asyraf dan rakan-rakan yang berjaya mengatur sesi pertemuan ini. Jazakallah

Potret Manchester


07 Okt 2017 : Program Meet & Greet Pelajar Nottingham


Pertemuan dengan pelajar Nottingham. Terima Kasih kepada yang menghadirkan diri.
Jazakallah

Penghargaan buat Sdra Iman Sharil dan rakan-rakan membantu mengatur perjumpaan ini
Terima Kasih

Potret Nottingham

Borang

Berikut adalah senarai borang yang boleh dimuat turun :

Borang Pendaftaran MARA UK - Pelajar Baru

Borang Tuntutan Visa - Pelajar Baru

Borang Permohonan Lanjutan Tajaan

Borang Tuntutan Elaun Thesis/Projek

Borang Tempahan Tiket Balik & Elaun 'Access Baggage'

Borang tuntutan bayaran bagi Pembelian sendiri tiket pulang

Borang Permohonan Nikah Pelajar

Selamat Datang Pelajar Baru




Bersama ini disertakan Borang Pendaftaran Pejabat MARA London  untuk diisi dan emailkan kembali kepada Cik Lisa Zulaikha Nurdin sweetviolet279@hotmail.com dan En Asrah  asrah117@hotmail.com untuk rekod. Pastikan telah ada no akaun bank di UK untuk urusan pembayaran elaun dan no telefon terbaru dan lama untuk perhubungan.

Sila pastikan menghadirkan diri bagi setiap program anjuran MARA UK.
Semoga Berjaya dalam pengajian dan mencapai cita-cita.


Struktur Organisasi

 Pejabat MARA UK


Ahmad Izlan bin Idris - aizlan@mara.gov.my
Shah Zulmizan bin Safar - szulmizan@mara.gov.my
Ahmad Syahrir bin Omar - asyahrir@mara.gov.my

Salam Pengenalan Pengarah MARA United Kingdom


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Selamat pengenalan pada saudara/saudari pelajar-pelajar tajaan MARA di seluruh UK. 

Saya mula bertugas di MARA United Kingdom bermula Julai 2016  untuk menggantikan Tn. Hj. Abd Wahab bin Yusof mantan Pengarah MARA yang lalu. Sebagai amanah yang telah diberikan, saya dan rakankerja akan menjalankan tugas untuk membantu, memantau dan memastikan semampu boleh berkenaan kegiatan dan kebajikan pelajar-pelajar tajaan MARA agar dapat memberi komitmen terhadap pengajian sehingga tamat jayanya. Kesempatan itu, dengan suasana dan persekitaran yang baru dan jauh berbeza dengan negara tercinta, gunakan juga peluang untuk menimba pengalaman, membina rangkaian dan menafaatkan pendedahan sebaik mungkin. Semoga para pelajar dapat meningkatkan nilai modal insan yang boleh dicontohi dan mampu menyumbang untuk  Agama Bangsa dan Negara. Kami amat memerlukan kerjasama dari para pelajar semua agar matlamat tercapai. Moga Allah merahmati kita semua.

Dimana Berada Tetap Malaysia
Tanah Tumpah Darahku


Sekian, Wasalam

Ahmad Izlan Idris
MARA United Kingdom