Thursday, 26 October 2017

Salam Pengenalan Pengarah MARA United Kingdom


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Selamat pengenalan pada saudara/saudari pelajar-pelajar tajaan MARA di seluruh UK. 

Saya mula bertugas di MARA United Kingdom bermula Julai 2016  untuk menggantikan Tn. Hj. Abd Wahab bin Yusof mantan Pengarah MARA yang lalu. Sebagai amanah yang telah diberikan, saya dan rakankerja akan menjalankan tugas untuk membantu, memantau dan memastikan semampu boleh berkenaan kegiatan dan kebajikan pelajar-pelajar tajaan MARA agar dapat memberi komitmen terhadap pengajian sehingga tamat jayanya. Kesempatan itu, dengan suasana dan persekitaran yang baru dan jauh berbeza dengan negara tercinta, gunakan juga peluang untuk menimba pengalaman, membina rangkaian dan menafaatkan pendedahan sebaik mungkin. Semoga para pelajar dapat meningkatkan nilai modal insan yang boleh dicontohi dan mampu menyumbang untuk  Agama Bangsa dan Negara. Kami amat memerlukan kerjasama dari para pelajar semua agar matlamat tercapai. Moga Allah merahmati kita semua.

Dimana Berada Tetap Malaysia
Tanah Tumpah Darahku


Sekian, Wasalam

Ahmad Izlan Idris
MARA United Kingdom