Perhatian Kepada Semua Pelajar tajaan MARA di UK
Pejabat MARA UK dengan ini menguatkuasakan kewajipan bagi pelajar-pelajar tajaan MARA untuk menyerahkan keputusan peperiksaan terkini bagi setiap tahun pengajian semasa bagi tujuan pemantauan.
Bagi pelajar PhD dikehendaki menyerahkan surat pengesahan status pengajian daripada penyelia masing-masing.
Setiap pelajar tajaan MARA diwajibkan menyerahkan keputusan melalui email kepada maraunitedkingdom7@gmail.com atau pos ke Pejabat MARA UK.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan status tajaan dengan MARA akan terjejas.
Arahan ini berkuatkuasa serta merta dan untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat MARA UK.
Justeru itu perhatian dan tindakan dari pelajar semua sangat dihargai.
Ahmad Izlan Idris
Pejabat MARA UK